Jangan menyesal jika anda tersilap pilih. Yang nyata selidik dulu apa kandungannya. Jangan sebab murah atau nampak kesan serta merta maka anda cepat terpengaruh. Kita mahu kurus secara sihat bukan? Dan juga tidak mahulah bila sudah kurus, kalau berhenti mengambilnya jadi naik 2 kali ganda. Oh tidak!
Berhati-hati ye sebab sekarang ni banyak produk di pasaran. Dan Malaysia telah mengharamkan mana-mana produk yang mengandungi sibutramine. Ingat tu SIBUTRAMINE. Bahaya tau tuan puan semua, mari kita buat kupasan sedikit.
Apakah itu Sibutramine
Sibutramine berfungsi sebagai penahan lapar dan struktur molekulnya hampir sama dengan amphetamine, bahan sama untuk dadah jenis syabu atau ais. Wah takutnya dengar. Kalau ada bahan ini dalam produk yang kita ambil maka seumpamakan kita mengambil dadah. Oh tidak! Jauhinya sebelum menyesal.Bagaimana Sibutramine berfungsi?
Biasa kita dengar kes kalau penagih dadah kebiasaannya tidak tidur malam, tidak lapar dan sentiasa aktif sehinggakan boleh menyebabkan perlakuan agresif. Tidak hairanlah jika anda boleh jadi bertenaga dan tidak lapar walhal bahan tersebut sedang merosakkan badan anda. Takutnyaaaaa....Jangan mudah terpedaya bila ada yang menjanjikan turun 10kg dalam masa seminggu. Oh, kemungkinan besar bahan apa yang digunakan agak-agak? Fikirkan untuk kebaikan diri kita meniti hari-hari mendatang.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. --------------------------------------------------- Hubungi saya dengan sms ke 013-6366608 atau email sitisyuhadahmdjohar@gmail.com untuk maklumat lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan